FoLLowErS

Friday, June 22, 2012

HILANGKAN ANGIN DALAM BADAN

sebenarnya hari ni tak larat nak conteng-conteng sini. bangun pagi rasa mual, nak muntah dan pening kepala sebelah kanan yang teramat. hida sibuk kemas barang-barang beliau pagi-pagi tapi saya masih berselubung dalam selimut. penat. dah berapa kali keluar masuk bilik air nak buang angin tapi tak keluar juga. saya memang susah nak bunag angin, susah nak sendawa tapi selalu sangat tersedu. tadi rasa macam nak balik rumah minta mak urutkan tapi nak bangun pun tak larat. lagi pun diri sendiri yang cari masalah. mentang-mentang dah habis jawab soalan, terus ronda satu UTM malam-malam. naik kereta tak apa lagi. naik motor pula tu. 

dalam keadaan terbaring pun saya sempat lagi tarik laptop minta tolong en.google petua hilangkan angin dalam badan. banyaklah juga yang saya jumpa dan ada juga antaranya yang saya cuba. antara petua-petua tersebut adalah seperti di bawah.


makanan pertama yang saya cuba ialah epal sebab kebetulan rina pergi U-MALL. apa lagi, kirim beliaulah. saya terjumpa beberapa blog yang menyertakan kata-kata Saidina Ali mengenai epal yang mampu menghilangkan angin dalam badan.


dapat epal terus makan. (ingat, basuh dahulu sebelum makan) hida sempat berpesan kepada saya sebelum sempat saya menggigit epal tersebut:

hida: leha, nanti! bau dulu, baru makan.
saya: oh! hehehe. epal ada bau ke? (cakap sambil bau epal)
hida: ada lah.
saya: yum...yum...ada. ada. (cakap sambil kunyah)

berkesan atau tidak? rasa pening dah kurang sedikit tapi tetap rasa berangin satu badan. lepas tu, rina ajak pergi beli makanan dekat SRI PUTERI. belikan sekali makanan untuk budak-budak kelas yang ada kertas 9 pagi ni. (selamat menjawab kertas soalan!) sambil tunggu makanan siap teringat dekat petua yang rasanya memang ramai yang tahu boleh hilangkan angin iaitu halia. pelik budak kedai tu bila saya minta teh halia. yalah, selalunya orang berumur yang minta air halia ni. saya pun pertama kali minum air yang ada halia ni sebab tak suka. lepas tu tersilap cakap. sepatutnya teh 'o' halia tapi dengan yakinnya cakap, 'ada teh halia?'. bagi hida rasa. pedas katanya. saya minum sampai habis. tak rasa pedas langsung. agaknya banyak sangat angin dalam badan.

berkesan atau tidak? berkesan! balik terus muntah angin. pening kepala dah tak ada tapi sekarang macam nak datang balik. hida pula yang macam terjangkit. tak apa, esok kita buat teh 'o' halia sendiri. banyak lagi kan teh dekat pantri. selain tu, dulu saya selalu minum air isotonik macam REVIVE & 100PLUS. lepas minum rasa macam ringan badan ni. sayuran pula tak semua sayuran yang boleh hilangkan angin. ada yang boleh menambahkan lagi angin dalam badan. antaranya seperti yang pernah diberitahu mak saya ialah terung & kangkung. tapi saya selalu tak dengar cakap mak sebab tergoda dengan terung sambal dekat mak cik sayang.

saya tak suka bawang putih. kalau tergigit bawang putih masa makan terus rasa tak selera. tapi ada petua yang tak memerlukan kita makan ia. sapu bawang yang kulitnya telah dikupas di pergelangan tangan dan tapak kaki 2 minggu sekali. boleh juga sapu dengan minyak angin.

seelok-eloknya cegahlah ia sebelum ia terjadi seperti yang kita selalu dengar,
'MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI'
jaga pemakanan. makan perlahan-lahan dan kunyah betul-betul. selain dapat menghindarkan angin dapat juga mengelakkan tercekik. elakkan juga makan gula-gula getah. ada juga yang kata, kurangkan menyedut angin. tak tahulah betul ke tak yang ni. tapi bagi saya yang bukan dalam bidang kesihatan ni, macam tak realistik. cubalah tanya keluarga, saudara mara, kawan-kawan serta orang yang lebih pakar. saya cuma pesakit yang cuba merawat dengan bantuan en. google dan blogger.

6 comments:

ana said...

sy suka bg mkn ikan kt bawah ni~~~hehe

feel pretty said...

lagu apa kat pg blog ne??

salehasafie said...

rooftop moonlight - rooftop moonlight
sekarang ni lagu maudy ayunda - perahu kertas

Just Me, The Mrs said...

Terima kasih atas blog post ini. I was looking for how to remove 'angin'. I dah pergi urut pun, aunty tu cakap banyak sangat angin dlm badan saya. Huhuh

Anonymous said...

salam..rasanya awak dah tersilap...makanan yang awak list kan tu bukan untuk buang angin, tapi adalah makanan yang menyebabkan angin dalam badan...cuba google lagi tengok, kalau2 saya tersilap..:-)

salehasafie said...

actually saya rasa pun ada antara list tu yg lg menambhkn angin. nway thanks!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...