salam bloggers!
dari tadi i main tarik layang-layang dengan WIFIUTM ni. sekejap nak naik, sekejap lagi turun balik. sabar & tabah lah jawabnya. time dia dekat atas, i ambil kesempatan update blog. (heee). even tak lah semegah mana pun benda i nak share ni tapi rasa bersyukur sebab dah beli barang yang amat diperlukan sepanjang PSM ni. kalau tak ada benda ni tak lengkap. rasa macam ada kekurangan ibarat beli chipsmore yang tak ada chocolate chip. (tak ada kena mengena). inilah dia benda yang i beli secara express pagi tadi.
CANON POWERSHOT A2200
i beli camera ni dekat Camera Zone, Jusco. masuk kedai terus cakap dekat kakak comel,
"saya nak beli digital camera dengan bajet RM400."
lepas tu kakak tu terus keluarkan NIKON S2500 & CANON POWERSHOT A2200. camera nikon tu memang sebiji macam dalam gambar ni. warna pink. (girlish you!).lepas tu dia pun sibuklah cerita function yang ada dekat both of camera. actually i suka dengan brand NIKON but bila dengar kakak tu cakap,
"yang ni ada HD movie tapi nikon tak ada."
i pun terus cakap dekat kakak tu.
"ok lah kakak. saya ambil canon ni."
senang tak dapat customer macam i? tak banyak songeh kan? sebab tu kalau nak beli sesuatu tu kena niat baik-baik. (hahaha). tak lupa juga redha bila tengok resit ATM, nombor wang simpanan dah berkurang. nasib baiklah dah nak masuk bulan disember. abang long! don't forget my allowance! oh, lupa nak bagi tahu harga camera ni.
CANON POWERSHOT A2200 = RM399 with case & 4GB card
NIKON S2500 = RM368 with case & 4GB
i tahu kalau beli dekat tempat lain lagi murah & dapat banyak free gift. tapi dah tak ada masa dah nak berjalan-jalan 1 bandar JB ni. masa itu amat penting untuk PSM! i rasa macam dah tak ada sabtu ahad untuk i. weekend sibuk comot dengan sampel. budak-budak kolej pelik tengok siswi sibuk gunting rumput & main tanah. ok lah bloggers. nak sambung siapkan assignment Dr. Suhairul!
P/S: syida! nanti kita ambil gambar PSM! rina, ana, linda & ecah! kita buat video sama-sama ok!
last but not least,
'I HEART MY CANON POWERSHOT A2200
with love,
S.A.L.E.H.A S.A.F.I.E












